Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Petua Hilang Jeragat

Masa muda, muka tumbuh jerawat, bila dah tua pulak, muka tumbuh jeragat.
Masalah betolll........
Kata orang, jeragat ni disebabkan ketidakseimbangan horman, sinar matahari, bahan kimia dalam alat solek yang kita pakai, macam-macam lagi lah.....
Nak tau lebih lanjut kena tanya pakcik google.........

Muka aku dah ada jeragat, so, tadi tanya la pok cik google, dapat lak petua ni.
Tapi malang nyer terlupa lak nama blog tu....
Timakasih lah wahai tuan empunya blog, tapi maaf la tak dapat nak link kan blog you sebab lepas copy petua ni, terus je close.......

Ni petua nyer.....

Petua hilangkan jeragat 1:


Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.

Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati

muka-berjeragat
Gambar Ehsan Pokcik Google

Thursday, December 20, 2012

Tingkat IQ Anak

Kak Iddin dah dapat result PMR yg so so je, sesuai lah dengan tahap usaha dia tu....
Kalau rajin sket, rasanya insyaallah dapat result lebih baik......
Perkara dah lepas terima aje lah seadanya rezeki dari Allah swt.....

Pandang kehadapan dan persiapkan anak-anak untuk hadapi masa depan...

Plan nak concentrate sikit tahun ni kat semua anak-anak, semua mesti study hard dan tingkatkan ilmu agama, insyaallah........

Petua dibawah ni adalah untuk tingkatkan IQ anak secara Islam, dah tak ingat dapat dari mana (blog sapa ntah....) tapi amat berguna sebagai rujukan

PETUA SUPAYA ANAK BIJAK & PINTAR


Salam semua.Satu perkongsian tuk kita semua.....

Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH SWT & yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkn Y A LATIF ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau memandai 100 X

2.Membaca surah AL-FATIHAH 1X & ALAM NASYRAH 1X

3.Bercakap2 dengan anak2 ketika mereka sdg tidur dgn menyeru nama penuhnya berbinkn/berbinti kpd kita sebagai ibu kandung.Percakapan adalah merupakn nasihat.pujian dan berceritalah ttg kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kpd anak yg sdg tidur itu sgt berkesan kpd roh & jiwa mereka.

4.Apabila kita berbual-bual dgn anak2 ketika mereka tidur,kita kan lihat matanya bergerak-gerak,walaupon sedang tidur.

5.Ayah & Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yg ada pada kita misalnya air yg masih basah ditangan ke muka & ubun2 anak2.

InsyaAllah,Semoga anak2 kita akan membesar dgn NUR IMAN ,menjadi anak2 yg soleh & solehah serta bijak & pintar.

Tuesday, June 12, 2012

Nak kurus? Meh kira kalori...

Kalau nak kira kalori yang kita perlu setiap hari, pi sini http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm .

So, kalau makan tu beringat-ingat la sket. Check kat sini bila teringin nak makan apa-apa:

Kuih Muih


1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Nasi

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



Monday, February 7, 2011

Petua Batu Karang

Hari ni ada masa sket, so, jalan-jalan kat beberapa blog, jumpa lak blog ni. Info tentang petua batu karang. Macam ok je. So, sebagai panduan dan ingatan maka info tu di copy/paste kat sini, harap-harap tuan empunya tak marah. Link asal adalah ini: http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com/2009/02/petua-batu-karang.html

Nowdays, ramai yang sakit batu karang. Macam hubby dah dua kali operate, masih gak ada lagi batu kluar recently. Mak pun pernah kena operate. Ngeri bila ingat masuk operation theater ni.

Ok lah petuanya seperti di bawah, bleh cuba juga oleh orang yang belum pernah kena untuk hindarkan dari kena. Satu lagi petua untuk bersihkan buah pinggang adalah minum air barli. Sama-sama lah kita cuba....

Petua 1:


5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Petua 2:

Kisar sebiji buah temikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.