Thursday, December 20, 2012

Tingkat IQ Anak

Kak Iddin dah dapat result PMR yg so so je, sesuai lah dengan tahap usaha dia tu....
Kalau rajin sket, rasanya insyaallah dapat result lebih baik......
Perkara dah lepas terima aje lah seadanya rezeki dari Allah swt.....

Pandang kehadapan dan persiapkan anak-anak untuk hadapi masa depan...

Plan nak concentrate sikit tahun ni kat semua anak-anak, semua mesti study hard dan tingkatkan ilmu agama, insyaallah........

Petua dibawah ni adalah untuk tingkatkan IQ anak secara Islam, dah tak ingat dapat dari mana (blog sapa ntah....) tapi amat berguna sebagai rujukan

PETUA SUPAYA ANAK BIJAK & PINTAR


Salam semua.Satu perkongsian tuk kita semua.....

Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH SWT & yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkn Y A LATIF ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau memandai 100 X

2.Membaca surah AL-FATIHAH 1X & ALAM NASYRAH 1X

3.Bercakap2 dengan anak2 ketika mereka sdg tidur dgn menyeru nama penuhnya berbinkn/berbinti kpd kita sebagai ibu kandung.Percakapan adalah merupakn nasihat.pujian dan berceritalah ttg kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kpd anak yg sdg tidur itu sgt berkesan kpd roh & jiwa mereka.

4.Apabila kita berbual-bual dgn anak2 ketika mereka tidur,kita kan lihat matanya bergerak-gerak,walaupon sedang tidur.

5.Ayah & Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yg ada pada kita misalnya air yg masih basah ditangan ke muka & ubun2 anak2.

InsyaAllah,Semoga anak2 kita akan membesar dgn NUR IMAN ,menjadi anak2 yg soleh & solehah serta bijak & pintar.

Wednesday, October 17, 2012

Salahkah Aku - Cerekarama TV3

Akhirnya............... Cerekarama Salahkah Aku aka Zuhudkah Aku disiarkan di TV3. Berbagai komen boleh dibaca dalam blog, Fb or Twitter. Most of it a good comment. So, ok la kan as this is a first script he had proposed.

Kalau ada yg ter miss cerekarama ni boleh access kat You tube or banyak lagi Blog yg upload cerita ni. Guna je Pak Cik Google untuk cari, tip for Pak Cik Google "Cerekarama Salahkah Aku". Konpem jumpa nyer......

Tetiba je, lagu dalam drama ni rasa sedap lak dengar......... hhmmmm.....


Sinopsis:

Takdir menemukan mereka.Adam dan Allysa adalah sepasang suami isteri tapi berada dalam dunia yang berbeza. Adam seorang yang warak manakala Allysa seorang yang gemar bersosial. Puas dipujuk dan menasihati isterinya namun tidak diendahkan. Atas nasihat Ustaz Khalid tempat rujukan dan guru agama Adam,Adam cuba memasuki dunia Allysa untuk memahaminya.Namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya. Adam pula berubah,manakala Allysa cuba menjadi isteri yang Adam impikan selama ini.





Lagu dalam salahkah aku:

1_ Aku yang masih - farahwahida dan fakhrul razi versi original(suka lagi versi yang ni)

Aku yang masih versi Rahayudean feat dhia

2 Kau telah pergi- farahdhiya



Thursday, October 11, 2012

Script Pertama - Zuhudkah Aku



Gambar share dari FB Anzalna.
Script pertama Nasa Zuhudkah Aku (ditukar ke Salahkah Aku by TV3), akan ditayang pada hari Sabtu 13 Oct 2012 @ 1000 slot Cerekarama. Drama arahan Along Kamaluddin.

Bebudak ni pegi tengok the crew berlakon kat Shah Alam, so, amik peluang posing dgn pelakon......


Thursday, August 2, 2012

Alia Haryanie perlu bantuan

Sempena bulan Ramadan yg suci, umat Islam digalakkan bersedekah kepada yang memerlukan. Cuba lawati blog ini http://aliaharyanie.blogspot.com/ dan blog ini http://www.eyriqazz.com/ untuk mendapat gambaran sebenar seorang ibu tunggal yang menderita sakit dan mempunyai 2 orang anak yang masih dijaganya walau sedang berjuang melawan penyakit yang dihadapi

Ya Allah, bantu lah hambaMu itu dan berikanlah Alia kekuatan dan kesihatan yang baik demi anak-anaknya yang masih kecil...........


Gambar dari Blog Alia Haryanie

Tuesday, June 12, 2012

Nak kurus? Meh kira kalori...

Kalau nak kira kalori yang kita perlu setiap hari, pi sini http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm .

So, kalau makan tu beringat-ingat la sket. Check kat sini bila teringin nak makan apa-apa:

Kuih Muih


1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Nasi

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



Friday, June 1, 2012

Renungan di hari Jumaat

Tadi visit one of the famous cooking blog (http://mamafami.blogspot.com//) and found this interesting article:

AMIN-AMIN YA RABAL’ALAMIN




** Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

** Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

** Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

** Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

** Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

** Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

** Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

** Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih dan penyayang, maka sayangilah dia serta kasihilah dia. Bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia serta permudahkan dan lancarkan segala pekerjaannya.

AMIN.

Tuesday, February 21, 2012

MAPS 2011 Moderation

Hari Jumaat 17 Feb, bos minta buat meeting tergempar untuk MAPS Moderation kat rumah aku. So, selepas mendapat persetujuan team GDA, kami decide untuk buat pada hari Sabtu 18 Feb petang, So, bebudak pi family day papa derang, so, aku meroti ler...

Inilah hasilnya

Wednesday, January 18, 2012

Khatam Al-Quran Iddin dan Atiqah

Oleh kerana ustazah Susi yang mengajar budak-budak ni dah nak berhenti mengajar dan nak sambung belajar, maka ustazah dah berusaha keras menghabiskan bacaan Iddin dan Atiqah (anak As) dan mereka berjaya khatam. Kami (dengan As) sepakat buat simple majlis untuk meraikan mereka. Jemputan cuma kengkawan derang dan Marlina, Azila dan juga Ijat (datang lewat sket, tak pe janji datang.....)


Dalam majlis tu juga, diraikan belated and advance birthday untuk Iffah, Idlan (13 Dec) dan Iddin (8 Jan). Haa..... kan ke jimat namanyer....

Iman Masuk Sekolah

02 Jan 2012, Iman bergelar pelajar sekolah rendah. Saat yang amat ditunggunya sekian lama. Iman teringin nak jadi macam abang dan kakak-kakaknya yang pergi sekolah naik bas........


02 Jan 2012, baru start orientasi untuk pelajar darjah satu.