Monday, February 25, 2013

Petua Hilang Jeragat

Masa muda, muka tumbuh jerawat, bila dah tua pulak, muka tumbuh jeragat.
Masalah betolll........
Kata orang, jeragat ni disebabkan ketidakseimbangan horman, sinar matahari, bahan kimia dalam alat solek yang kita pakai, macam-macam lagi lah.....
Nak tau lebih lanjut kena tanya pakcik google.........

Muka aku dah ada jeragat, so, tadi tanya la pok cik google, dapat lak petua ni.
Tapi malang nyer terlupa lak nama blog tu....
Timakasih lah wahai tuan empunya blog, tapi maaf la tak dapat nak link kan blog you sebab lepas copy petua ni, terus je close.......

Ni petua nyer.....

Petua hilangkan jeragat 1:


Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.

Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati

muka-berjeragat
Gambar Ehsan Pokcik Google

Thursday, December 20, 2012

Tingkat IQ Anak

Kak Iddin dah dapat result PMR yg so so je, sesuai lah dengan tahap usaha dia tu....
Kalau rajin sket, rasanya insyaallah dapat result lebih baik......
Perkara dah lepas terima aje lah seadanya rezeki dari Allah swt.....

Pandang kehadapan dan persiapkan anak-anak untuk hadapi masa depan...

Plan nak concentrate sikit tahun ni kat semua anak-anak, semua mesti study hard dan tingkatkan ilmu agama, insyaallah........

Petua dibawah ni adalah untuk tingkatkan IQ anak secara Islam, dah tak ingat dapat dari mana (blog sapa ntah....) tapi amat berguna sebagai rujukan

PETUA SUPAYA ANAK BIJAK & PINTAR


Salam semua.Satu perkongsian tuk kita semua.....

Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH SWT & yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkn Y A LATIF ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau memandai 100 X

2.Membaca surah AL-FATIHAH 1X & ALAM NASYRAH 1X

3.Bercakap2 dengan anak2 ketika mereka sdg tidur dgn menyeru nama penuhnya berbinkn/berbinti kpd kita sebagai ibu kandung.Percakapan adalah merupakn nasihat.pujian dan berceritalah ttg kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kpd anak yg sdg tidur itu sgt berkesan kpd roh & jiwa mereka.

4.Apabila kita berbual-bual dgn anak2 ketika mereka tidur,kita kan lihat matanya bergerak-gerak,walaupon sedang tidur.

5.Ayah & Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yg ada pada kita misalnya air yg masih basah ditangan ke muka & ubun2 anak2.

InsyaAllah,Semoga anak2 kita akan membesar dgn NUR IMAN ,menjadi anak2 yg soleh & solehah serta bijak & pintar.